Halaman

nad leman

nad leman

Rabu, 8 Mac 2017

sebuah rasa


hati itu kerap tersakitkan
mengeras kerap mengeras
lama laa ia pecah
lama lama ia berderai
langsung hilang terbentuk

wanita itu tidak merumitkan, yang merumitkan adalah sebuah rasa.

rasa yang tidak pernah dipujuk


Khamis, 13 Oktober 2016

aku cuba memahami

Kalau kau menjaga betul hati Allah disisi kau,
 Mengapa tidak kau lakukan perkara yang sama kepada manusia.

Hati manusia is too sensitive
membiarkan hati manusia terus terpijak terlalu terhina

Lidah itu tajam dari segalanya.

Jaga lah.

Sabtu, 8 Oktober 2016

manusia dan hatinya

jika engkau ingin katakan itu, katakanlah itu.
jika engkau ingin katakan ini, katakanlah ini.

Lidah lebih bisa dari segalanya.
Jangan biarkan hati kau terus tercalit sebesar zarah pun rasa benci

Kalau lah kau tahu rasanya perasaan orang yang kau sakiti,
mungkin sesal engkau seumur hidup.

sedarlah , engkau kini ada penyakit hati.

Jumaat, 26 Ogos 2016

JAUH

Aku mula membiarkan segala emosi aku terbang tinggi
aku mula terima semua ini dengan kekuatan

Mulanya dulu aku terlalu sendiri membiar takdir menyalahkan segalanya
membiar airmata aku terus mencurah dengan tawa-tawa iblis yang riang melihat aku terlalu lemah. Pengecut atau gagal dalam hidup.


Satu-satu aku rasa hidup aku diberi dugaan.
Tapi lama-lama aku sedar, Allah sedang menguji aku. Allah Sayang aku.


Dari situ, aku cuba bangkit.
Melihat wajah-wajah manusia yang menanti senyuman aku. menanti aku mengukir sebuah senyuman, walau sekecil kuntuman.

Aku terima segalanya. Allah kan sayang aku.

Khamis, 25 Ogos 2016

Manis tak panjang



Saat aku mahu tidur, tapi tidak tertidur
Saat aku mahu tersenyum tapi tersedih

Saat aku mahu melupa aku terkenang

Aku menari riang tanpa sempat aku menyimpan memori, kini jauh dia terbang. Sayu aku dengar, katanya, umi jangan sedih, terbang ku ke syurga menanti umi dan abi.

Aku tenang seketika. Dan faham.

Kemudian teriak ku.

Hidup aku hanya salahkan diri, aku jatuh, memang salah aku. Tapi aku lupa, yang jatuhkan aku adalah DIA.


Dalam aku lena, tanpa aku sedar aku terus dgn kepedihan. Dikucupnya pipi aku, katanya "sabar, engkau lah isteri terbaik ku, tiada dosa padaku".

Pedihku memanjang.tetap mataku pejam rapat namun masih basah bersama airmata.

Sayang, awak tak lama dalam perut umi, tapi ingatlah sampai mati umi bawa tawa riang semasa umi kandung awak.

Umi tahu, DIA sebaik-baik merancang hidup umi. Dan umi faham ini yang terbaik. Sayang, doakan umi.

20 ogos 2016 im lost my baby.

Manis tak panjang

Saat aku mahu tidur, tapi tidak tertidur
Saat aku mahu tersenyum tapi tersedih

Saat aku mahu melupa aku terkenang

Aku menari riang tanpa sempat aku menyimpan memori, kini jauh dia terbang. Sayu aku dengar, katanya, umi jangan sedih, terbang ku ke syurga menanti umi dan abi.

Aku tenang seketika. Dan faham.

Kemudian teriak ku.

Dalam aku lena, tanpa aku sedar aku terus dgn kepedihan. Dikucupnya pipi aku, katanya "sabar, engkau lah isteri terbaik ku, tiada dosa padaku".

Pedihku memanjang.tetap mataku pejam rapat namun masih basah bersama airmata.

Sayang, awak tak lama dalam perut umi, tapi ingatlah sampai mati umi bawa tawa riang semasa umi kandung awak.

Umi tahu, DIA sebaik-baik merancang hidup umi. Dan umi faham ini yang terbaik. Sayang, doakan umi.

20 ogos 2016 im lost my baby.

Sabtu, 30 April 2016

masih bicara tentang bulan


Dikala malam mati dan diam
aku masih memikirkan bulan
dikala malam terus sunyi
aku mengharapkan bulan mampu berjaga bersama aku.

biar nanti sampai lena
sampai terbawa dalam mimpi
terus membuai aku tersenyum dalam lelap.
dan hilang terus resahku.

BULAN,
pernahkah engkau merindu aku seperti mana aku merindukan mu?





kalau rindu kau separuh jiwa,
aku pula setengah mati.

DAN,

bila separuh jiwa kau pergi,
jiwa aku terus mati

Rabu, 16 Disember 2015

bulan teman lagi malam ini.

semua orang pernah suatu pernah

hidup manusia suka buat kesilapan. bukan sekali tapi berkali 
cukuplah suatu pernah itu suatu yang pernah dahulu.

siapa sangka, siapa menduga. 
hidup manusia ini tak pernah cukup dengan sekali kenikmatan. mahu saja dicari. Apa kekurangan yang dianugerahkan?

depan mata tak selalunya indah malah terlalu busuk bagi hidup kau. aku tahu dan tak aku nafikan hati manusia ini berbolak balik. betul hati tidak boleh dipaksa tapi perasaan itu kita yang ciptakan. 

marah nya aku, kecewanya aku terlalu memikirkan apa nasib raga insanmu. dan apa pula rasa raga ku? 

pupus. aku harap semuanya pupus. 

kenapa manusia,

bila malam makin menggelap, perasan melayang-layang?

Isnin, 30 November 2015

Aku cuma terbuai dengan rasa sebak

Hati manusia, katanya sekeras-keras kerak nasi, kalau direndam air, lembut juga.

mungkin betul.

*********

Aku mula terus terjebak dengan rasa-rasa yang sayu. rasa yang sebak.
hati aku terbuai dek rasa sayu.
perubahan yang aku sendiri kagum dengan diri aku yang mana dulunya keras, batu dan tak ada belas.
membatu saja tika suasana tidak sekeras hati aku.

pagi tadi aku tersentuh dengan pemergian pakyus jambu yang mana aku sendiri akui yang aku sangat minat padanya.
sumpah demi Allah, ajal itu tidak diduga. Cengkaman sakratulmaut nya tak menunggu atau tidak dihebahkan. Allahuakbar. gigilnya aku bila mengingat akan mati.

senyuman dahulunya, terus sebak dada.
wajah dahulunya, terus rindu dihati.

Begini kah Allah jadikan perasaan?

Besarnya kuasamu.

Semoga urusannya disana dipermudahkan.Amin.